Cikgu: Boleh berikan contoh2 penyakit yang tidak berjangkit, murid2 ( Kedua2 belah tangan di dalam kocek seluar biru askar laut)
Murid2: Boleh cikgu ( ramai2 dengan background bunyi ketuk2 meja )
Cikgu: Ok...sapa nak bagi contoh? ( Tangan kanan di angkat, baju lengan panjang di lipat keparas lengan seutas jam tangan Tissot gah terpapar )
Murid2: Saya cikgu !! ( ramai2, sambil angkat tangan ramai2 sambil menonjolkan badan ke hadapan )
Cikgu: Ok, Yusri, penyakit apa?
Yusri: Penyakit bisoll.... , Cikgu uu( Angkat tangan sambil berdiri, hujung baju sedikit terkeluar dari seluar, latarbelakang bunyi, salah, salah - dari murid2 lain )
Cikgu: (Senyum...nampak gigi ), bagusss, tepat sekali, penyakit bisol tak berjangggkittt ( diikuti murid menyambung perkataan berjangggkittt.... )
Cikgu: Lagiii...sapa tau? ( muka sedikit dongak ke atas-pandang murid di belakang )
Mazrul: Saya cikgu ( berdiri sambil angkat tangan, poket di baju terkoyak tutup lencana sekolah, sambil pusing2 pen kilomateriko )
Cikgu: Ok, mazrul, penyakit apa?
Mazrul: Kencing berdiri , cikgu ( Murid2 gelak kuat2, sambil hentak meja, cikgu gelak sambil picit dahi geleng kepala....watak murid nakal )
Cikgu: Awak niii...(Sambil senyum) itu bukan penyakit, itu tabiat, ok baguss kerana berani mencuba (Mazrul duduk sambil gelak dengan murid2 lain di belakang, give 5 dengan Yusri)
Cikgu: ada lagi tak....(sambil angkat tangan)
Murid2: adaaaaa... ada lagi cikgu ( murid2 berebut2 angkat tangan, termasuk Yusri dan Mazrul)
Cikgu: Ok, tak apa, nanti balik rumah, cikgu nak kamu bincang dengan ayah kamu ker atau ibu atau kakak atau sapa2 lah, dan tulis seberapa banyak yang boleh dan minggu depan cikgu nak tengok, bolehhhh?
Murid2: Bolehhh....(ramai2- kelas hingar bingar)
Wan: Cikguuuu.... ( Murid vokal- tinggi lampai seluar senteng, kasut BM2000 )
Cikgu: yaaaa...wan khairil, ada apa?
Wan: Boleh cikgu bagi contoh penyakit yang berjangkit pula? saya macam blurrr la cikgu. (Garu kepala, rambut ala saiful malaysian idol 1)
Cikgu: eermmmm...oh ada, satu conto jer yaa wan, sebab masa dah habis ni.
Cikgu: Penyakit OT, cikgu sedang melawan penyakit ini. ok...dah? (wan macam blurr-garu kepala )
Wan: Macam mana penyakit ini boleh berjangkit cikgu? ( Riak muka dengan penuh harapan )
Cikgu: Dia berjangkit di alam maya saja, dan puncanya dari satu BLOG, ok...dah...dah cikgu matematik kamu dah tunggu kat luar tu, kita sambung minggu depan, Ok...kelasssssss....
Murid2: Teeriiimaaaakaaaaaasihhhhh Cikgguuuuuuu....
Cikgu: Same same.